Sains Tahun 2

Sains Tahun 2 


Tarikh : 30 Mac - 3 April 2020

Standard Kandungan4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan


Standard Pembelajaran :

4.1.1 Menyatakan cara haiwan membiak
4.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan   
  


Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan : 


Pada akhir pembelajaran, murid dapat -


1. Menyatakan dua cara haiwan membiak
2. mengelaskan empat haiwan berdasarkan cara pembiakan. 


Dah bersedia ?

Jom kita mula. 


Pertama sekali, cikgu Hasma akan mengajak kita lihat cara haiwan membiak. Sila tengok video di bawah. 

ATAU.

Boleh rujuk buku teks muka surat 35 - 37.





Secara kesimpulannya, murid-murid perlu tahu haiwan membiak dengan cara bertelur dan melahirkan anak. 

Latihan: 
(Sila buat buku aktiviti muka surat 21 -22)


Pembelajaran kedua, Cikgu Hasma akan mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan.
Mari kita lihat bersama. 


 Latihan :
(Sila salin semula atau print soalan di bawah. Sila gunakan buku garis satu sains atau kertas kosong)

Anda juga boleh print terus lembaran kerja di sini.



Selamat Mencuba!


Kepada murid yang telah menyiapkan kerja yang diberikan, cikgu Hasma akan berikan sticker reward selepas cuti sekolah nanti :)


Terima kasih. 
Jumpa lagi pada pembelajaran maya minggu hadapan.




Comments

Popular posts from this blog

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5